Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Tuesday, 15 November 2011

EH!!! die dtg la~~~la~~~laaa

Ntah papekan tajuk yg kak chinta tulis ni..hr tu ubat yg doc bg tu (duphastone) utk keluarkan period kak chinta yang degil ni..hamoiiii..nak kn mkn ubat br die nak dtg jmpa kak chinta tau..kalau x mkn..hurmmm setiap bln buat kak chinta tenanti nanti..tertanya tanya..so tanggal 15/11/2011..dia dtg jumpa kak chinta..yeyyyyyyy..happy giler..sb kak chinta buleh buat rawatan seterusnya..ok2...nak tau apa rawatan yang kak chinta buat??? jom kita tgk apa entry kak chinta seterusnya..jom..jom..jom la baca...

Tuesday, 8 November 2011

RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 1

1.11.11 disini bermula


Tarikh yang cantik..tak sangka..sekali jer kol kat LPPKN jb..terus staff kat c tu bg date utk appoinment..masa die bg date ni x perasan lg..tp bl kak chinta dah pegi..nak isi borang..& nak signature..br perasan..wowwww!!! greats date...semoga ada sinar menanti kami.

Alhamdulillah..kak chinta & suami dah mula buat rawatan di LPPKN, perjalanan semasa membuat rawatan berjalan lancar.seperti mn yg dijanjikan..k

Sebenarnya, kak chinta x tahu kat mn LPPKNni..so redah jer dgn en suami ke hospital besar..sampai sana encik hubby ty la jaga kat c tu..so sng jer..x jauh pn dgn hospital..dlm satu kawasan juga. tepat jam 830 pagi kak chinta sampai d sana. mula2 kami diberi kaunseling (kire mcm sesi pengenalan mcm tu la..doc mesti nk th kan..latar belakang pasangan serba sedikit). byk jg la soklan2 yg dok tanya..kita jawab jer..jgn malu2 okeh..sb kita memang nak buat rawatan..kalau malu2 mcm mn doc nk merawat.

pd hari tu..kak chinta x dapat buat apa2 rawatan, sebab period x regular..so doc bagi ubat DUPHASTON 7 biji. kak chinta kn makan ubat ni dl..bagi itu peroid keluar, 2nd day period baru g jumpa doc semula. Hubby kak chinta jer dapat buat rawatan. ambil darah dgn buat semen analysis. tp kan......ms nk amik semem analysis tu problem c kit..mungkin hubby kak chinta terkezut..sb memang x tahu mcm mn suasana kat c tu..sblm kak chinta ke sana, doc dah pesan x boleh bersama selama 3 hari..sebab nak amik semen analysis tu la..rupa2 nya..utk amik simen analysis tu..hubby diberi satu bilik khas..kat dalam bilik tu ade bilik air, aircond & sofa. mula2 kak chinta x nak ikut hubby masuk bilik tu..malu jg la..doc dah cakap..kalau u nak ikut masuk boleh..tp kak chinta memilih tunggu hubby kay luar jer sambil baca majalah..bl dah 1/2 jamhubby kakchinta x keluar..kak chinta sms die..nak tlg ker..dlm beberapa minit, die reply balik sms kak chinta..die soh kakchinta tlg die..so kak chinta pegi la cr bilik2 yg die duduk tu..bl dah jumpa..kak chinta masuk..masa nk kebilik tu..doc & staff kat c tu semua pandang kak chinta jer..malau tau x..tp wat bodo jer...kat dlm sana dah sip ade instruction..apa yg perlu buat utk amik semen analysis tu..pasangan tak boleh bersama tau..dierang nak sperm tu keluar tanpa kn sebarang air..tgn pn kn cuci bersih2..baru boleh keluarkan sperm..kakchinta x mampu nak tlg ape..just tgk jer..hampir satu jam kat dalam tu..tiba2 doc dtg ketuk bilik..katanya kalau x boleh x pe..jgn di paksa..sb takut sakit..bl2 dah bersediabaru pegi amik lain..amat kuciwa..ingtkan hari tu dah dapat settle beberapa perkara..tp x berjaya.

Skrg kak chinta tgh makan ubat utk period tu..so tunggu la bila die nak muncul...

ni antara bayaran yang kami perlu bayar utk 1st appoinment. Rupa-rupanya LPPKN ni bukan sepenuhnyer gov tau..die half2. so kalau yg keje gomen bw GL pn x boleh guna. tp doc ckp kalau keje gomen boleh claim..so die soh amik borang claim kat ofis & nantii die tlg ajarkan mcm mn nk isi borang tu..

PENDAFTARAN: RM40
KAUNSELING: RM10
SEMEN ANALYSIS: RM25
AMIK DARAH : RM42.90
UBAT PERIOD: DUPHESTON 7 BIJI : 16.80

TOTAL: RM134.70

Friday, 14 October 2011

Kuih Cara


Tepung yang dah di blender

Gula (inti)

Minyak ( utk sapu pd acuan) & Acuan bahulu (Mak kak Chinta kasi tau)



Kuih cara ni kak chinta buat masa hari jumaat malam..tekak ni rasa nak makan bengkang tumis, tp takut kak chinta srg jer yg makan..cik hubby kak chinta x suka sangat..so..bl ty cik hubby die cakap nak makan kuih cara..urmmm..tunaikan jer la permintaan die..sb kak chinta ni semua belasah..tak tolak la dik oiii..semua kak chinta makan....pastu memangdangkan teman didapur kak chinta tertinggal kat kg..so terpaksa la kak chinta google resepi..nasib menjadi..sedap tau..lembut..urmmm yang paling best..bl gigit jer kuih yg lembut ni..air2 gula tu cair kat mulut..hadoiii sedap daik oiii rugi kalau x cuba. Jom kita tgk resepi kat bawah:-

Bahan2:-
200gm tepung gandum
400ml santan/fresh milk (kak cinta guna 440ml santan-sedap & lembut)
1 sudu pes kecil pandan
1 sudu kecil pewarna hijau (kalau nak hijau lagi tambah jer)
2bj telur
secubit garam
Minyak*-utk sapu pada acuan
gula*- sebagai inti

Cara2:-
1. Satukan semua bahan diatas,kecuali bahan yang bertanda *. Gaul sebati. Masukkan dalam blender, kisar sebentar supaya tepung x berketul. tuang tepung dalam bekas, letak sebelah.
2. Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
3. Bila acuan dah panas, tuang kan sesenduk adunan kedalam setiap acuan. Letakkan gula.
4. Tutup acuan dengan tudung periuk. +-5min, buka tutup periuk..cucuk kuih dgn garfu..kalau bontot kuih tu dah perang..masak dah ler..angkat.siap....tgk ler rupanyer yang cantik..hahahh:)))

Nota kaki:- Inti tu ikut kesukaan korang..kalau yang suka manis..letak ler byk gula..boleh juga digantikan dgn inti sardin@kentang.

Udang Goreng Kunyit


Minggu ni kemalasan melanda..dah seminggu kak chinta bercuti..ingt nak kemas2 umah..tp bl ngadap laptop..kejap jer dah ptg..ni menu kegemaran kak chinta..kalau masak ni mau bertambah tambah nasi..so kalau rs2 nak diet..kak chinta x nak masak lauk2 mcm ni..kalau korang rasa malas..cuba la masak menu kak chinta yang campak2 ni..anggaran masak dlm 10 min jer..

Bahan2:

20 ekor udang (suke hati la korang nak yg besar mn)
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak pedas letak ler banyak)
kunyit
sos tiram
daun bawang cina/CH ( mcm kat bawah daunnyer)

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar yang dimayang halus. Biarkan naik bau@ kekuningan. Masukkan udang, kunyit & sos tiram. Kacau sebati.
2. Masukkan daun bawang bersama cili padi. kacau sebati. dah tutup ler api..siap boleh dimakan.



                                            Daun Bawang ( Leek China/Leek CH)

Paprik Ayam


Menu ni Kak Chinta masak ms adik angkat dr sarawak datang..katanya nk mkn nasi paprik..so mlm die smpi tu kak chinta dgn hubby dah bw die mkn ns paprik..katanya biasa2 jer..x de la sedap sgt..kak chinta dgn hubby x makan..sb ms tu dah kenyang sesangat..sblm die sampai kami berdua dah mkn nasi kat umah..so esok pg sblm die bertolak..k.chinta wat la paprik ala2 kak chinta..urmmm..cedok  resepi kat tenet c kit..ubah2 suai ikut apa yg kak chinta rs nak letak..so campak2 jd ler papriknyer..tp paprik ni x de byk sayur..sb die x suka sayur..so kak chinta letak carrot jer..resepi kat bawah:-

bahan2

2 keping isi ayam (bli kat maidin isi jer)-potong kecil
1 bj bawang besar - mayang
2 ulas b.putih - mayang
1/2 inci halia - mayang
2btg serai - titik (ketuk dgn lesung batu jer)
2 helai daun limau purut
kubis bunga(tak letak pun)
carrot
kacang panjang(tak letak pun)

bahan utk kuah:-
sos cili
cili kering (kisa)
sos tiram
kicap manis
garam
gula

cara2:-

1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat, letaksebelah.
2.Buang sikit minyak ayam tadi, tumis bahan2 yg di mayang dan serai yg di titik. biar sampai naik bau.
3.Masukkan cili kering yg dikisar, masak sekejap sampai naik minyak. Masukkan soso cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau sebentar bagi sebati. Masukkan sayur kegemaran dan daun limau perut.  Letak kan garam, gula memgikut kesukaan masing2. (rasa dl sebelum letak garan dan gula, sebab kicap dan sos tiram dah sesedap rasa.

***emmm sedap dimakan dengan nasi putih panas2 @ ns goreng. Ni la lauk simple kalau kemalasan yg kuat melanda kak chinta. anggaran masa dalam 10-15 min jer dah siap...cuba la..jgn x cuba :))))

Nota kaki: kak cinta guna sos tiram kimball..sebab rs yg kurang masin..sedaputk semua masakan.

Thursday, 13 October 2011

BAHGIAKAN MEREKA!!!







                                                                 pic sumbangan mr google

URMmmmm comei tak? comeikan..geram kak chinta tgk..kalau la kak chinta dapat baby mcm ni..nak pelok2..cium..rasa nyer nak ngadap die jer..kak chinta memang suka sangat dengan baby tau..kalau main dengan anak2 buah tak sunyi rasa..sapa nak kasi baby kat kak chinta angkat kaki..meh ler umah kak chinta..heheheh..hadoiiii kalau ler adekan..kecik PUDURAYA, KLIA kak chinta hamparkan..heheeh ( eh! pudu skrg dh cantik..ntah2 besar pd klia)..tak kisah ler..tp kalau ade..memang kak chinta nak..nak sesangat..kak chinta sanggup tlg jg baby&ibu dr dalam perut tau..

Buat ape nak buang bayi yang tak berdosa tu...jgn ler dibuang nyer..kalau x nak jaga..cari keluarga angkat tau..bagi kak chinta..kalau adik2 bagi pada keluarga angkat..bayi adik dah selamat..hati adik2 juga tenang dalam mengharungi..menyusuri hari2 mendatang..adik2 tidak dihantui dosa2 silam..hidup kembali tenang..sebabya..adik2 dah letak anak darah daging adik2 d tempat yang selamat..Kalau adik2 buang anak2 tu..percayalah..hari2 yang adik lalui mesti dihantui dosa2 yang adik2 lakukan..yang pasti..persoalan yang menghantui adik2 x pernah padam sehingga jasad terbenam..betul tak?ye lah..mesti tertanya tanya kan..ANAK AKU KAT MN SEKARANG? MATI KER? HIDUP KER?KALAU HIDUP..DEKAT MANA?SAPA YANG JAGA?KALAU MATI..MANA KUBURNYE?SIAPA YANG KEBUMIKANNYER..ITU PN KALAU ADE ORANG YANG JUMPA..BOLEH LA DIKEBUMIKAN MENGIKUT SYARIAT..KALAU DIBAHAM DEK ANJING?URMMMM NAUZUBILLAH..minta2 semua ni tak terjadikan..moga2 adik2 akak sayang..sebelum ambil keputusan nak buang..nak campak bayi2 tu..fikirlah 200 kali..moga2 segala keputusan dapat dibuat dengan rasional..bukan mengikut nafsu..ingat tau ape yang kak chinta cakap ni..bagi ruang untuk bayi2 yang tak berdosa ni memiliki keluarga bahgia..dan sebagai ibu kandung..mesti adik gembira..sebab dah selamatkan satu nyawa..

SELAMATKAN MEREKA TAU!!!


Salam sayang buat semua yg sudi baca luahan hati kak chinta..hr ni kak chinta sj google tgk pic bayi2 yang dibuang..Sedihnyer kak chinta tgk..memang x sanggup nak tgk sebenarnya..tp untuk entry ini kak chinta gagahkan juga dr nk melihat..tp ni la antara pic bayi yang x berdosa dan dibuang tanpa rasa simpati. Sebenarnaya kak chinta x sanggup nak letak gambar yg lagi teruk..ni kak chinta pilih antara pic yang kurang teruk..sbb x suka tgk yg mcm tu..sedih tau!!!

Adik2 yang kak chinta sayang..ingat tau..semua kita kat dunia ni melakukan kesilapan..tp masih lagi ada ruang kemaafan..kembali la kita ke jalan yang benar..Bagi kak chinta, Adik2 adalah insan terpilih..diberi ruang janin membesar didalam rahim..hingga 9 bulan..bayi dilahirkan..sanggup mengusung perut yang memboyot kesana sini..RUGI tau..9 bulan yang di lalui..bila bayi lahir dibuang tanpa rasa simpati..Adik2 sayang..9 bulan yang lalu kenapa kuat?kuat mengusung bayi didalam kandungan tanpa bapa..tp bila dah bayi di lahirkan..x sanggup melaui rencah hidup bersamanya..Ramai lagi tau kat luar sana wanita yang senasib dengan kak Chinta berubat kesana sini sebab nak merasai nikmatnya alam bayi di dalam kandungan..bagaimana sakitnya waktu melahirkan dan bahgianya menjadi ibu..tapi..tak mampu melawan takdir..hanya mampu berusaha & berdoa..

Adik2..ingt tau bayi yg di lahirkan x berdosa..kalau x sanggup nak jaga..ramai tau sanggup nak jd penjaga..jgn buang tau!!!! kalau yang dah buntu bl dpt tahu diri termengandung..fikirkan yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi..jgn ambil jln singkat..kalau nak tahu berapa ramainya wanita senasib mcm kak chinta sanggup menjaga..menanggung kos makanan berkhasiat..kos perubatan adik2 sehingga selamat melahirkan andainya tiada arah nak dituju..jgn segan silu kak chinta sentiasa sedia mendengar apa saja masalah..asalkan anak2 yang tak berdosa dapat kita selamatkan.

PS: KALAU NAK BUAT SESUATU FIKIR2 LAH DULU, MASA SUKA..SEMUA INDAH..BILA DAH ROSAK..DITINGGALKAN MACAM SAMPAH!!! JAUHI SEKS LUAR NIKAH TAU!!!