Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers
Showing posts with label Petua Untuk Hamil. Show all posts
Showing posts with label Petua Untuk Hamil. Show all posts

Tuesday, 27 March 2012

MADU

MADU TUALANG ni kak chinta bli di kipmart tampoi..harga sebotol rm 35..kira ok la..harga patut & mampu utk d beli..madu ni sebenarnya banyak khasiat..salah satunya yang kak chinta nk sangat madu ni adalah untu kesuburan..segala-galanya demi kesuburan..demi memiliki cahaya mata..InsyaAllah..kita berusaha..Allah maha mengetahui..setiap kali usaha disusuli dgn iringi doa & munajat..mudah mudahan di makbulkan oleh Nya..Amin Yarabbala'lamin...


Kalau nak tau tentang madu bolehla ke sinihttp://www.khasiat-madu.com/

CUKA KURMA

Semalam Kak chinta ke kipmart tampoi..tujuan kesana nak beli buah2 je..tp bl jenjalan kat dalam tu..ternampak cuka kurma ni..memang dah lm kak chinta nak beli..melalui fb Kak Nini, pembantu Dr Hamid Arshad, antara makanan yang bagus untuk kesuburan adalah cuka kurma, minyak zaitun,madu, pati delima, cuka delima..so dlm senarai yg kak chinta memang nak beli cuka kurma, pati delima & madu..so dah tercapai hasrat utk dapatkan cuka kurma & madu..sekarang kak chinta nak cari pati delima pulak..sape2 yg jual leh la email kak chinta eh..


Cara Pemakanan
1 sudu cuka kurma+1sudu madu+1 sudu pati delima+segelas air. minum sebelum mkan pg,ptg,tgh hari dan malam.




APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. 

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) 

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang. 

Kandungan Cuka Kurma:-


Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.


sumber di sini http://manmala.blogspot.com/2011/10/khasiat-dan-kelebihan-cuka-kurma.html


BUAH ZURIAT

Buah Zuriat@buah Adam&Hawa..buah ni dah lama kak chinta tau baik untuk rawatan kesuburan kepada pasangan yang belum ade zuriat..hampir 4 thn yang lalu..parents kak chinta menunaikan haji di Tanah Suci..so bawa balik buah ni utk kak chinta..apa yang kak chinta tau..buah ni ade jantan&betina..so sape2 nak makan..paling elok dapat buah ni sepasang..tp kalau x de..memadai lah sebiji..TAPI..sampai sekarang buah ni kak chinta x buat apa2 lagi..masih elok tersimpan..Thn lepas mak sedara kak chinta g tanah Suci..so kak chinta dapat lagi buah ni sebiji..so dah ade 3 biji dalam simpanan..skrg..kak chinta cuma tunggu cik p datang jer..bl cik P datang..2nd day period kak chinta nk minum air rebusan buah zuriat ni..


~Petua cara makan buah zuriat~

Mengikut petua mak sedara kak chinta, buah ni x perlu terok2 nak kupas..hanya perlu direbus sehingga buah tu merekah..ambil air rebusan tu minum setiap hari..ade lg petua lain kat bawah ni..terpulang la nak ikot yg mn satu..Moga Tuhan makbulkan setiap doa kita..AMIN

Petua Satu-Buah zuriat - Nama english ialah Doum:

Cara makan:
Suruh Suami hiris kulit buah zuriat dengan gergaji kecil dengan nipis2 dan kemudian belah buah zuriat. Ambil isinya dan ketuk dengan lesung batu yang dibalut kain. Pecahkan isin
ya kepada empat bahagian dan rebus dalam air dan ulangi sampailah hilang khasiat dan rasanya.

Pada hari pertama haid kedua-dua suami dan isteri perlu mengambil kulit yang dihiris itu dan makan sambil minum segelas airnya . Bacalah solawat 3 x dan surah dari ayat 38 dari surah Al-Imran

"Rabbee hablee mingladunka zuriatan toiyibah innaka sammeeuddu'aa'" 3 kali dan buat dua kali sehari kalau boleh sampai habis.

Pada hari k-8 selepas haid dianjurkan berpuasa 3 hari berturut dan sebelum berbuka bacalah doa yang tersebut di atas dan minumlah air ini. Dikatakan doa berbuka puasa tidak ditolak Allah.

Sembahyang solat Hajat malam bersama, dan minta Allah kurniakan Anak selepas menyebut kebaikan yang pernah and buat untuk Allah....Sembahyang sunat taubat dgn penuh penghayatan dan kalau boleh bernazar ....LAKSANAKAN!

Cuba bersama bulan itu pada hari subur.

PETUA KAK NINI DAN USTAZ RAJA - Copyright reserved 2011




Friday, 18 November 2011

JOM KITA AMALKAN

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
SUMBER:disini