Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Monday 12 December 2011

OMBAK RINDU



Suker la..kak chinta dapat juga tengok movie 
Ombak RINDU
Hari Ahad baru2 ni, hubby kak chinta g memancing dengan anak2 buah lelaki..so di kesempatan itu jg la..kak chinta g tgk movie ombak rindu dgn anak2 buah perempuan..manyak syok looo..Anak buah kak chinta yg blanjer tgk movie nie..ms kami sampai kat shoping mall ni pn dah kul 5.15pm..movie start kul 5pm..ape kesah..terjah jer..janji dapat tgk..

part ni sangat romantis



Ade part yang kak Chinta nangis


Part yg ni kan..sedey sesangat..ye la..hati seorang wanita..nak tengok suami pn kene sorok..takut mertua tau..

Bagi kak chinta kan..movie ni sangat best..memang tersentuh hati & naluri kewanitaan kak chinta..3x kak chinta nangis..sedey woooo..

balik jer kak chinta terus download lagu Ombak rindu nyanyian Hafiz & Adira..lagu ni jg la yg menaikkan feel penonton..

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

PROSES IUI

Suntik benih suami (IUI)
by Dr. Hamid Arshad



Suntikan
Benih Suami (Artificial Insemination)



Rawatan
secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur. Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’ (intra uterine insemination).



Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?
1. Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 . Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 . Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tidak tersumbat.
4 . Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.



Cara menjalani IUI
1. Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 2 biji sehari , selama 5 hari.



2 . Mula ujian kencing pagi untuk mengesan waktu subur (penetasan telur) pada hari ke-10. Gunakan ‘Clearplan’ atau lainnya. Apabila garis ujian sama warna seperti ‘kontrol’, ujian dianggap positif dan telur dijangka menetas 24-48 jam kemudian.



3. Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telor ialah dengan membuat ujian 'vaginal ultrasound' scanning, mulai hari ke-11 atau ke-12. Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telor dan untuk mengukur besarnya karong telur tersebut. Biasanya bila ia telah mencapai ukuran 20 atau 22 mm diameter, telur akan menetas keesokan harinya atau lusa.



4. Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.



5. Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim.



6. Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.




Rawatan
cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang
2-3 bulan.




TUHAN KU..BERIKAN DAKU RUANG UNTUK MENGGENGGAMI NYA..AMPUNKAN SEGALA KEKILAFAN KU..SEBAGAI HAMBA YANG KERDIL, HANYA AKU HANYA MAMPU BERUSAHA & BERDOA..SEMOGA ADA SINAR BAHGIA MENANTI JUA

RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 5


Hari nie 12/12/2011, ade appmt dengan doc. Yeyyyy..happy tau sebab ni first time kak chinta & hubby dah boleh jumpa doc..sblm ni nurse yg uruskan semua..& bila semua dah settle patien baru boleh jumpa doc..so doc yg handle kak chinta ni perempuan..baik sesangat & die bagi penerangan detail untuk proses seterusnya..

Proses seterusnya..kak chinta akan buat IUI..sekiranya IUI x berjaya, boleh juga buat IVF & ICSI, tetapi rawatan ni hanya di HKL sahaja.

untuk proses IUI, kak chinta perlu ambil pil untuk besarkan telur, sekurang kurangnya 17mm telur yg besar, x kira la sama ada 2 biji telur sebelah kanan, 1 biji telur sebelah kiri @ sebaliknya.

hr ni kak chinta dah dapat ubat pil clomid, kena makan CD2-CD6, 2 biji sehari..doc dah pesan, time mkn pn kn tetap..& digalakkan mkn ubat ni pd waktu mlm..sebab bl mkn ubat ni, kita akan rasa pening2@meloya..

hokey..utk CD7,CD8 & CD9..doc akan bagi suntikan untuk besarkan telor..untuk tgk saiz telor, TVS akan dilakukan pada CD10..

Untuk CD10 selepas buat TVS, doc akan bagi injection pada pukul 10mlm, untuk pecahkan telor..dalam masa 36 ja, IUI akan dilakukan pada D12,jam 10 pagi..

Sebelum IUI dijalankan pada pukul 10pagi, SA suami perlu diambil untuk di cucikan..@ nak dapatka telor yg betul2 ok sahaja..lepas dah dapat telor tu..baru IUI dijalankan.

TETAPI
memandangkan period kak chinta yang gelong ni..hr ni doc bagi lagi ubat duphastone untuk turunkan darah. tp awal2 lagikak chinta dah bg tau..kak chinta nk tunggu period keluar sendiri dulu..kalau delay seminggu..kak chinta nak buat UPT, sekiranya -ve baru nakmkn ubat..

~Doakan ada sinar untuk kak chinta & suami yer!! semoga ade rezeki untuk kami~AMIN..AMIN..AMIN

nak sperma yang baik
Untuk dapatkan sperma yg terbaik, en suami juga diberi pil clomid & digalakkan mengambil multivitamin berunsurkan zink. doc cadangkan jenama Abott. kena g bli kat farmasi vitamin ni.

Kos rawatan utk hari ni
Yuran ulangan - RM10 (doc consaltant fee)
Duphastone: RM16 (7 biji)
Clomid isteri: RM36 (10 biji) - untuk 5 hari makan
Clomid untuk suami: RM108 (30 biji)- untuk satu bulan

total: RM170.80


RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 4

AMBIL DARAH CD 21

                                                                sumber: en google

Untuk CD 21, kak chinta jatuh pada 5/12/2011.. tapi memandangkan time tu kakchinta nak balik kg..ade kenduri kazen..so kak chinta cuba kol LPPKN semula untuk ty sama ada boleh pospone @ tak..ala nak pospone sehari jer..bl kol jer staff kat LPPKn tu ckp ok..wowowowo..manyak syok loooo..sebab kak chinta x payah la nk rush2 balik jb cepat2 kan..

Tarikh untuk ambil darah CD21, pada 6/12/2011. pg tu mcm biasa la..dah tentu la ditemani oleh en hubby..kak chinta x nak pegi sorang2..kalau nak buat rawatan walaupn hanya untuk kak chinta, nak juga si dia temankan..hehehe..alahai..sekejap sangat..masa g amik darah ni..masuk jer..bg kad kak chinta, nurse terus panggil masuk bilik...sembang2 kejap..terus ambil darah..tak sampai 15 min dah siap..kejap jer kan..perjalanan kak chinta nk ke LPPKN pn ambilms dekat 30 min..

kali ni bayaran untuk ambil darah kak chinta hanya RM65.90

nota kaki: CD = CYCLE DAY

~DOA KAN IMPIAN KAK CHINTA DAN HUBBY TERLAKSANA~AMIN

MALAS!!!BIZI!!! semua ada....

Assalamualaikum, lately kak chinta malas sesangat nak update belog ni..tapi memandangkan takut kak chinta terlupa apa2 rawatan yg kak chinta dah buat & nak syer dgn kawan2..so kak chinta paksa diri juga..supaya rajin..rajin..dan terus rajin untuk tulis segala rawatan yg kak chinta buat.

~Doakan kak chinta berjaya dalam rawatan ni tau~AMIN