Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Monday 12 December 2011

PROSES IUI

Suntik benih suami (IUI)
by Dr. Hamid Arshad



Suntikan
Benih Suami (Artificial Insemination)



Rawatan
secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur. Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’ (intra uterine insemination).



Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?
1. Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 . Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 . Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tidak tersumbat.
4 . Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.



Cara menjalani IUI
1. Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 2 biji sehari , selama 5 hari.



2 . Mula ujian kencing pagi untuk mengesan waktu subur (penetasan telur) pada hari ke-10. Gunakan ‘Clearplan’ atau lainnya. Apabila garis ujian sama warna seperti ‘kontrol’, ujian dianggap positif dan telur dijangka menetas 24-48 jam kemudian.



3. Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telor ialah dengan membuat ujian 'vaginal ultrasound' scanning, mulai hari ke-11 atau ke-12. Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telor dan untuk mengukur besarnya karong telur tersebut. Biasanya bila ia telah mencapai ukuran 20 atau 22 mm diameter, telur akan menetas keesokan harinya atau lusa.



4. Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.



5. Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim.



6. Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.




Rawatan
cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang
2-3 bulan.


No comments: