Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Friday 14 October 2011

Kuih Cara


Tepung yang dah di blender

Gula (inti)

Minyak ( utk sapu pd acuan) & Acuan bahulu (Mak kak Chinta kasi tau)



Kuih cara ni kak chinta buat masa hari jumaat malam..tekak ni rasa nak makan bengkang tumis, tp takut kak chinta srg jer yg makan..cik hubby kak chinta x suka sangat..so..bl ty cik hubby die cakap nak makan kuih cara..urmmm..tunaikan jer la permintaan die..sb kak chinta ni semua belasah..tak tolak la dik oiii..semua kak chinta makan....pastu memangdangkan teman didapur kak chinta tertinggal kat kg..so terpaksa la kak chinta google resepi..nasib menjadi..sedap tau..lembut..urmmm yang paling best..bl gigit jer kuih yg lembut ni..air2 gula tu cair kat mulut..hadoiii sedap daik oiii rugi kalau x cuba. Jom kita tgk resepi kat bawah:-

Bahan2:-
200gm tepung gandum
400ml santan/fresh milk (kak cinta guna 440ml santan-sedap & lembut)
1 sudu pes kecil pandan
1 sudu kecil pewarna hijau (kalau nak hijau lagi tambah jer)
2bj telur
secubit garam
Minyak*-utk sapu pada acuan
gula*- sebagai inti

Cara2:-
1. Satukan semua bahan diatas,kecuali bahan yang bertanda *. Gaul sebati. Masukkan dalam blender, kisar sebentar supaya tepung x berketul. tuang tepung dalam bekas, letak sebelah.
2. Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
3. Bila acuan dah panas, tuang kan sesenduk adunan kedalam setiap acuan. Letakkan gula.
4. Tutup acuan dengan tudung periuk. +-5min, buka tutup periuk..cucuk kuih dgn garfu..kalau bontot kuih tu dah perang..masak dah ler..angkat.siap....tgk ler rupanyer yang cantik..hahahh:)))

Nota kaki:- Inti tu ikut kesukaan korang..kalau yang suka manis..letak ler byk gula..boleh juga digantikan dgn inti sardin@kentang.

No comments: