Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Monday, 20 February 2012

Menu kegemaran

selamat petang..hari ni mood kak chinta rajin nk masak..kalau nk tau kan sebab ape kak chinta rajin???cube teka..kalau betul kak chinta blanja mkn..cepat2..cepat la..uishhhhh lmbat la kome nk jawab...treeeeeeetttt..dah tamaT..hehhe kalau korang nak tau..sebab ape kak chinta rajin masak hari ni..sebab..kak chinta nak makan la..kalau kak chinta x rasa nk makan mau kak chinta rajin..tp sbg seorang isteri kalau hr bekerja memg kak chinta akan masak..tp simple2  jer..sebab hubby kak chinta makan nyer tak cerewet..hari2 mkn sambal tumis jer..so kak chinta tukar2 la..sambal tumis ayam..udang..sotong..telor..kalau buat sambal tumis Terung pn hubby kak chinta suke..Tapi sambal tumiS ikan..tamo..tamo..itu bukan peberet die okkk!!!


Meh!!meh lank tunjukape yg kak chinta masak ni...ape ek?
Taraaaaaaaaaaaaaa...
ni ler qhupenyer asam pedas kak chinta..tapi kalau org kedah panggil asam pedas johor..orang johor lak panggil..gulai..
Resepi dari kak chinta.
Asam pedas ni memang sedap tau..kak chinta hirup-hirup mcm tu pn boleh..sebab tersangat la sedap..bukan puji masakan sendiri..tp ikhlas..kalau x sedap..cakap jer x sedap kan..kalau sedap..memang tak tipu..buleh la cuba..

bahan2 (utk makan 4-5 0rang
ikan pari kak chinta bli yg dah potong panjang tu..bile ptg kecik2 dapat dlm 10 ketul
bawang besar 2 ulas*
bawang putih 3 ulas*
halia 1 inci*
belacan-agak2 ler
kunyit hidup 2 inci*
cili kisar-1 senduk
tomato biji (2 biji)-blender
lada hitam 10 biji-blender
daun kesum
bunga kantan
air asam jawa
perasa (garam/gula)

cara2
Kisar bahan yang bertanda *- tumis sehingga naik bau
Masukkan cili kisar,tomato,lada hitam yg di blender. biarkan sampai pecah minyak.
Masukkan 1  cawan air kosong, bunga kantan & daun kesum. biar sampai mendidih.
Perlahan kan api, masukkan Ikan pari. biar sekali mendidih. masukkan air asam jawa, garam, gula. (sesedap rasa)
mendidih tutup api.

p/s- utk ikan pari, air asam perlu dimasukkan kemudian utk mengelakkan isi ikan keras.
     - Api jg perlu perlahan ketika memasukkan ikan..spy isi ikan tidak keras.

Monday, 13 February 2012

HaPPy Birthday To mE

Happy Birthday to mE~~~HappY Birthday To mE~~~HappY birThday to mE~~

fuhhhh!!!fuhhhh!!fuhhh..yeyyyyyy tepuk tangan sambil membayangkan tiup lilin ni..hehhehe tq..tq..

maap ler kek kecik jer..nak jemput makan pun mcm x cukup..jemput tengok jer la eh...

Today mY happy Day..tp x de la happy sangat pun..x dapat apa yg kak chinta harapkan..munkin x penting kot birthday kak chinta ni..tp apa pun tenkiu buat mr hubby..sb wish pepagi.. kak chinta tunggu kul 12am..tp ontw die nk g keje br wish..katanya terlupa..die igt esok. Tenkiu juga buat kakak2 kak chinta..yang kol..sms wish birthday..dalm dalam wish tu yg paling cute..semua ucapkan semoga kak chinta dapat baby tahun ni..Alhamdulillah..Amin!!Amin!!Amin...semoga segalanya dimakbulkan.

tp dalam gumbira..sob!!sob!! untuk encik hubby..sedih tau..slalu abg ucap tepat jam kul 12am..urmmm..bl abg dh otw g keje..sms wish my birthday..said terlupa..laju jer air mata ni berderai..sedih sb abg lupa..x pe la..tahun depan kalau umur panjang..boleh la dgr 1st wish abg & sambut birthday ayang okey..hari ni ayang merajuk sebab abang lupa..merajuk..merajuk manja..ayang nak abg pujuk..pujuk la bawa bunga ker...bawa g jenjalan ker..cepat la sayang pujuk..ayng bukan marah kat abg pun..just merajuk nak manja2..

tamo merajuk!!tamo..tamo..nanti cepat tua...haa..merajuk lagi..kan dah tambah satu umur tu..kalau tak 30 jer..ni bl dah merajuk..tahun ni dah bertambah..jadi 30+1=31..ehhhhhh dah tua la..itu hanya pd angka..biar hati muda..hheheheh..apa pun...semog Allah makbulkan segala doa kak chinta selama ni..



Doa & harapan kak Chinta
1)Semoga kak chinta di bekalkan kesihatan yang baik
2)Bisnes kak chinta bertambah maju
3)Dilimpahi rezeki yang halal
4)Dukurniakan cahaya mata..tak kira la..anak sendiri @ anak angkat..harap  sesangat DIMAKBULKAN.. amin.


TARIAN JEMARI

Dah lama juga kak chinta x sempat nak lepak2 kat blog ni..rindu sangat..tapi dek kerana masa yg x mengizinkan..semua tu membatasi jari jemari kak chinta menari nari di blog nie..

Lately kak chinta bizi sesangat..sebab baru pindah umah..so pepaham je la kalau baru pindah ni..banyak keje nak kena setle..Disamping tu..tugas2 harian kak chinta perlu jalanai spt biasa..tp agak slow juga la..sb kak chinta ni nak kata cerewet x juga..tp kak chinta x suka bekerja di dalam suasana & keadaan rumah yang bersepah..so..kejap buat keje..kejap mengemas..almaklumla..kak chinta ni bekerja makan gaji sendiri..so kn pandai pandai la atur jadual sendiri..jom2 sape nk tlg kak chinta mengemas ni..banyak lg tau yg x trkemas..sape nk tlg kak chinta kasi upah 20 sen..hhehehe


Monday, 12 December 2011

OMBAK RINDU



Suker la..kak chinta dapat juga tengok movie 
Ombak RINDU
Hari Ahad baru2 ni, hubby kak chinta g memancing dengan anak2 buah lelaki..so di kesempatan itu jg la..kak chinta g tgk movie ombak rindu dgn anak2 buah perempuan..manyak syok looo..Anak buah kak chinta yg blanjer tgk movie nie..ms kami sampai kat shoping mall ni pn dah kul 5.15pm..movie start kul 5pm..ape kesah..terjah jer..janji dapat tgk..

part ni sangat romantis



Ade part yang kak Chinta nangis


Part yg ni kan..sedey sesangat..ye la..hati seorang wanita..nak tengok suami pn kene sorok..takut mertua tau..

Bagi kak chinta kan..movie ni sangat best..memang tersentuh hati & naluri kewanitaan kak chinta..3x kak chinta nangis..sedey woooo..

balik jer kak chinta terus download lagu Ombak rindu nyanyian Hafiz & Adira..lagu ni jg la yg menaikkan feel penonton..

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

PROSES IUI

Suntik benih suami (IUI)
by Dr. Hamid Arshad



Suntikan
Benih Suami (Artificial Insemination)



Rawatan
secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur. Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’ (intra uterine insemination).



Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?
1. Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 . Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 . Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tidak tersumbat.
4 . Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.



Cara menjalani IUI
1. Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 2 biji sehari , selama 5 hari.



2 . Mula ujian kencing pagi untuk mengesan waktu subur (penetasan telur) pada hari ke-10. Gunakan ‘Clearplan’ atau lainnya. Apabila garis ujian sama warna seperti ‘kontrol’, ujian dianggap positif dan telur dijangka menetas 24-48 jam kemudian.



3. Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telor ialah dengan membuat ujian 'vaginal ultrasound' scanning, mulai hari ke-11 atau ke-12. Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telor dan untuk mengukur besarnya karong telur tersebut. Biasanya bila ia telah mencapai ukuran 20 atau 22 mm diameter, telur akan menetas keesokan harinya atau lusa.



4. Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.



5. Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim.



6. Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.




Rawatan
cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang
2-3 bulan.




TUHAN KU..BERIKAN DAKU RUANG UNTUK MENGGENGGAMI NYA..AMPUNKAN SEGALA KEKILAFAN KU..SEBAGAI HAMBA YANG KERDIL, HANYA AKU HANYA MAMPU BERUSAHA & BERDOA..SEMOGA ADA SINAR BAHGIA MENANTI JUA

RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 5


Hari nie 12/12/2011, ade appmt dengan doc. Yeyyyy..happy tau sebab ni first time kak chinta & hubby dah boleh jumpa doc..sblm ni nurse yg uruskan semua..& bila semua dah settle patien baru boleh jumpa doc..so doc yg handle kak chinta ni perempuan..baik sesangat & die bagi penerangan detail untuk proses seterusnya..

Proses seterusnya..kak chinta akan buat IUI..sekiranya IUI x berjaya, boleh juga buat IVF & ICSI, tetapi rawatan ni hanya di HKL sahaja.

untuk proses IUI, kak chinta perlu ambil pil untuk besarkan telur, sekurang kurangnya 17mm telur yg besar, x kira la sama ada 2 biji telur sebelah kanan, 1 biji telur sebelah kiri @ sebaliknya.

hr ni kak chinta dah dapat ubat pil clomid, kena makan CD2-CD6, 2 biji sehari..doc dah pesan, time mkn pn kn tetap..& digalakkan mkn ubat ni pd waktu mlm..sebab bl mkn ubat ni, kita akan rasa pening2@meloya..

hokey..utk CD7,CD8 & CD9..doc akan bagi suntikan untuk besarkan telor..untuk tgk saiz telor, TVS akan dilakukan pada CD10..

Untuk CD10 selepas buat TVS, doc akan bagi injection pada pukul 10mlm, untuk pecahkan telor..dalam masa 36 ja, IUI akan dilakukan pada D12,jam 10 pagi..

Sebelum IUI dijalankan pada pukul 10pagi, SA suami perlu diambil untuk di cucikan..@ nak dapatka telor yg betul2 ok sahaja..lepas dah dapat telor tu..baru IUI dijalankan.

TETAPI
memandangkan period kak chinta yang gelong ni..hr ni doc bagi lagi ubat duphastone untuk turunkan darah. tp awal2 lagikak chinta dah bg tau..kak chinta nk tunggu period keluar sendiri dulu..kalau delay seminggu..kak chinta nak buat UPT, sekiranya -ve baru nakmkn ubat..

~Doakan ada sinar untuk kak chinta & suami yer!! semoga ade rezeki untuk kami~AMIN..AMIN..AMIN

nak sperma yang baik
Untuk dapatkan sperma yg terbaik, en suami juga diberi pil clomid & digalakkan mengambil multivitamin berunsurkan zink. doc cadangkan jenama Abott. kena g bli kat farmasi vitamin ni.

Kos rawatan utk hari ni
Yuran ulangan - RM10 (doc consaltant fee)
Duphastone: RM16 (7 biji)
Clomid isteri: RM36 (10 biji) - untuk 5 hari makan
Clomid untuk suami: RM108 (30 biji)- untuk satu bulan

total: RM170.80