Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Friday 14 October 2011

Kuih Cara


Tepung yang dah di blender

Gula (inti)

Minyak ( utk sapu pd acuan) & Acuan bahulu (Mak kak Chinta kasi tau)



Kuih cara ni kak chinta buat masa hari jumaat malam..tekak ni rasa nak makan bengkang tumis, tp takut kak chinta srg jer yg makan..cik hubby kak chinta x suka sangat..so..bl ty cik hubby die cakap nak makan kuih cara..urmmm..tunaikan jer la permintaan die..sb kak chinta ni semua belasah..tak tolak la dik oiii..semua kak chinta makan....pastu memangdangkan teman didapur kak chinta tertinggal kat kg..so terpaksa la kak chinta google resepi..nasib menjadi..sedap tau..lembut..urmmm yang paling best..bl gigit jer kuih yg lembut ni..air2 gula tu cair kat mulut..hadoiii sedap daik oiii rugi kalau x cuba. Jom kita tgk resepi kat bawah:-

Bahan2:-
200gm tepung gandum
400ml santan/fresh milk (kak cinta guna 440ml santan-sedap & lembut)
1 sudu pes kecil pandan
1 sudu kecil pewarna hijau (kalau nak hijau lagi tambah jer)
2bj telur
secubit garam
Minyak*-utk sapu pada acuan
gula*- sebagai inti

Cara2:-
1. Satukan semua bahan diatas,kecuali bahan yang bertanda *. Gaul sebati. Masukkan dalam blender, kisar sebentar supaya tepung x berketul. tuang tepung dalam bekas, letak sebelah.
2. Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
3. Bila acuan dah panas, tuang kan sesenduk adunan kedalam setiap acuan. Letakkan gula.
4. Tutup acuan dengan tudung periuk. +-5min, buka tutup periuk..cucuk kuih dgn garfu..kalau bontot kuih tu dah perang..masak dah ler..angkat.siap....tgk ler rupanyer yang cantik..hahahh:)))

Nota kaki:- Inti tu ikut kesukaan korang..kalau yang suka manis..letak ler byk gula..boleh juga digantikan dgn inti sardin@kentang.

Udang Goreng Kunyit


Minggu ni kemalasan melanda..dah seminggu kak chinta bercuti..ingt nak kemas2 umah..tp bl ngadap laptop..kejap jer dah ptg..ni menu kegemaran kak chinta..kalau masak ni mau bertambah tambah nasi..so kalau rs2 nak diet..kak chinta x nak masak lauk2 mcm ni..kalau korang rasa malas..cuba la masak menu kak chinta yang campak2 ni..anggaran masak dlm 10 min jer..

Bahan2:

20 ekor udang (suke hati la korang nak yg besar mn)
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak pedas letak ler banyak)
kunyit
sos tiram
daun bawang cina/CH ( mcm kat bawah daunnyer)

Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar yang dimayang halus. Biarkan naik bau@ kekuningan. Masukkan udang, kunyit & sos tiram. Kacau sebati.
2. Masukkan daun bawang bersama cili padi. kacau sebati. dah tutup ler api..siap boleh dimakan.



                                            Daun Bawang ( Leek China/Leek CH)

Paprik Ayam


Menu ni Kak Chinta masak ms adik angkat dr sarawak datang..katanya nk mkn nasi paprik..so mlm die smpi tu kak chinta dgn hubby dah bw die mkn ns paprik..katanya biasa2 jer..x de la sedap sgt..kak chinta dgn hubby x makan..sb ms tu dah kenyang sesangat..sblm die sampai kami berdua dah mkn nasi kat umah..so esok pg sblm die bertolak..k.chinta wat la paprik ala2 kak chinta..urmmm..cedok  resepi kat tenet c kit..ubah2 suai ikut apa yg kak chinta rs nak letak..so campak2 jd ler papriknyer..tp paprik ni x de byk sayur..sb die x suka sayur..so kak chinta letak carrot jer..resepi kat bawah:-

bahan2

2 keping isi ayam (bli kat maidin isi jer)-potong kecil
1 bj bawang besar - mayang
2 ulas b.putih - mayang
1/2 inci halia - mayang
2btg serai - titik (ketuk dgn lesung batu jer)
2 helai daun limau purut
kubis bunga(tak letak pun)
carrot
kacang panjang(tak letak pun)

bahan utk kuah:-
sos cili
cili kering (kisa)
sos tiram
kicap manis
garam
gula

cara2:-

1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat, letaksebelah.
2.Buang sikit minyak ayam tadi, tumis bahan2 yg di mayang dan serai yg di titik. biar sampai naik bau.
3.Masukkan cili kering yg dikisar, masak sekejap sampai naik minyak. Masukkan soso cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau sebentar bagi sebati. Masukkan sayur kegemaran dan daun limau perut.  Letak kan garam, gula memgikut kesukaan masing2. (rasa dl sebelum letak garan dan gula, sebab kicap dan sos tiram dah sesedap rasa.

***emmm sedap dimakan dengan nasi putih panas2 @ ns goreng. Ni la lauk simple kalau kemalasan yg kuat melanda kak chinta. anggaran masa dalam 10-15 min jer dah siap...cuba la..jgn x cuba :))))

Nota kaki: kak cinta guna sos tiram kimball..sebab rs yg kurang masin..sedaputk semua masakan.