Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Wednesday, 28 March 2012

PENANTIAN & HARAPAN

hari ni rasa mcm terpanggil nak tulis sedikit sebanyak mengenai kak chinta..saja untuk tatapan..renungan..& pengajaran untuk insan senasib dgn kak chinta.


okey ek..mesti korang ade trfikirkan..knapa dah nak masuk 10 thn br kak chinta semangat berusaha untuk dapatkan zuriat. Sblm ni bukan kak chinta x nak zuriat..nak sesangat..tapi kak chinta & mr hubby lebih suka menunggu..tunggu..moga ada keajapan..rupanya bukan senang okey nak buat anak ni..Alhamdulillah..yg senang tu senang la..kak chinta & mr hubby sangat berharap suatu masa kami jg senang sng nk buat anak mcm org lain..tapi..tunggu punya tunggu..nahhh sampi sekarang kami masih berdua!!


masa awal perkahwinan..kak chinta x sebok sangat bab2 anak ni..tp bl usia perkahwinan kak chinta masuk 1 thn..kami dah mula berubat..pelbagai perubatan moden & tradisional..bab2 mengurut ni jgn cakap la..balik kg jer..kat mn org bg tau..kami pegi..tp bab2 minum air akar kayu..sorry leeeeeeee..x leh masuk dgn tekak kak chinta ni..bl minum..kuar habis isi perot tau..x tahan la dik non!!!


melalui seorang sahabat..kak chinta buat rawatan di klinik pakar sakit puan di epoh. doc ni singh..ok la ms buat rawatan dgn doc ni..ms ni cikP kak chinta dah mula buat perangai okey...so doc bg ubat turun kan cikP..pastu makan clomid..buat injection..tp sayang..kak chinta x teruskan rawatan disini...sebab nyer?


SEBAB2 NYER TUNGUUUUUUUUUUUU..ADE KEJE PULAK..ADE MS KAK CHINTA SAMBUNG OKEY!!!

BANYAK NYER ANGIN

kalau korang nak tau..keturunan kak chinta ni semua byk angin tau..ishhhh..kalau la buka kedai tayar..rs dah kaya raya kot..ade kaitan ke kedai tayar ni dgn angin ek? eh mesti la ade..

mai la sat nk habaq ni..nak tau dak? ha kalau nak tau mai dekat2 c kit..ni nk cita la ni..sabaq sat..

ok, tgk sini..mula dr smlm kan,lps minum segelas air+madu+cuka kurma..angin x habis2 kuar..tutttttttt...tettttttttt..propppppppp...petttt..petttt..mcm2 stail bunyi aihhhhh..heheeheh..hangin dalam badan kak chinta ni memg banyak  wooo..tapi alhamdulillah..itu lah kesan pertama slps kak chinta ambil madu & cuka kurma...


macam air teh je kan

ok..tu ja yg nak cita..kalau nak rasa mcm mn angin tu..cuba la minum ek...

Tuesday, 27 March 2012

CLOMID 4 mr hubby

menurut ape yang doc bg tau..slps buat SA tu..mr hubby x de prob..die dah bg lbh ape yg doc nak..apa yg doc bg tau..dierang hanya nak bbrapa ml sperm shj..tp hubby saya bg lebih pulak..tu pun katanya sampi trtumpah kebawah..sebab x perasan..tp kalau ikot kuantiti yg doc nak tu..count sperm masih x cukup..bl dah bg lebih sperm..memang cukop la..pandai x hubby kak chinta?..sangat pandaikan..kekkkek

okey..lps tu..demi seorang isteri yg siang malam sibok nak anak..& demi anak untuk mewarisi umat Muhammad SAW, mr pn ty la kat doc..ade x vitamin@makanan tambahan utk banyakkan bilangan sperm die..so doc cadangkan mr hubby perlu makan clomid selama sebulan & makan vitaman yg  berasaskan zink..

so mlm td first day mr hubby kak chinta makan clomid..slps 1/2 jam mkn clomid hubby trus ngadu..ngantok sampai x leh buka mata..kejap jer masuk bilik..terus bunyi...krohhhhhhhhhhhh..krohhhhhhhhh..mak aii ni site efect ker?

kak chinta takot jg kot2 ade kesan bl bangun pagi..tp pg ni kak chinta tgk die okey jerk..sblm die kuar g keje..kak chinta ty la ade fenin2 lalat X? katanya okey je..x de pape..Owhhhh semoga Allah permudahkan urusan kami berdua utk memiliki zuriat yang sihat & sempurna...Amin..Amin..Amin..

Duphastone

Minggu ni kak chinta perlu makan duphastone..sebab period ni dah ting tong..last period kak chinta ms buat HSG dl..dalam bln 11 mcm tu..skrg dah brape bln?sgt terok kan cycle ni..x tau dah nk buat mcm mn..harap ade sinar utk kak chinta & suami..


korang ade petua2 mcm mn nk regularkan period cycle ni? kalau ade moh syer la dgn kak chinta..


Doakan urusan Kak Chinta & suami d permudahkan ye!!

WOWWW SEDAP LA RASA DIA

hr ni lps solat subuh kak chinta mulakan misi baru..trenggggggg..treng teng..tenggggg...uwaaaa...x bleh blah kan..mcm ape je...kan semalam kak chinta cite pasal madu & cuka kurma..so pg2 ni amik segelas air kosong..kak chinta campurkan bersama sesudu besar madu & sesudu besar cuka kurma..kacau bg rata..paling elok gn sudu&gelas seramik@plastik okey..


                                                                             ehsan:gugel


masa mule2 nak minum tu..rasa cuak jg la..takot air tu x sedap..tp..beranikan diri..Ooops!!! bl letak je mulut gelas tu ke bibir, kak cinta hirup sikit air tu...waduhhhhhhhhhh sedap bangat!!! apa lg..terus minum habis segelas..


Jagan lupa berdoa & selawat keatas nabi saw...nak tau ape yg kak chinta doa?


ni je..
"YaAllah yatuhanku..suburkanlah rahimku, kurniakanlah aku zuriat yang sihat &sempurna sebagai penyeri rumahtangga ku & suami"


ms baca tu kak chinta urut2 perot tau..moga2 tuhan makbulkan setiap doa kak chinta..Amin..


Doakan Kak Chinta dapat babay thn ni tau!!!

MADU

MADU TUALANG ni kak chinta bli di kipmart tampoi..harga sebotol rm 35..kira ok la..harga patut & mampu utk d beli..madu ni sebenarnya banyak khasiat..salah satunya yang kak chinta nk sangat madu ni adalah untu kesuburan..segala-galanya demi kesuburan..demi memiliki cahaya mata..InsyaAllah..kita berusaha..Allah maha mengetahui..setiap kali usaha disusuli dgn iringi doa & munajat..mudah mudahan di makbulkan oleh Nya..Amin Yarabbala'lamin...


Kalau nak tau tentang madu bolehla ke sinihttp://www.khasiat-madu.com/

CUKA KURMA

Semalam Kak chinta ke kipmart tampoi..tujuan kesana nak beli buah2 je..tp bl jenjalan kat dalam tu..ternampak cuka kurma ni..memang dah lm kak chinta nak beli..melalui fb Kak Nini, pembantu Dr Hamid Arshad, antara makanan yang bagus untuk kesuburan adalah cuka kurma, minyak zaitun,madu, pati delima, cuka delima..so dlm senarai yg kak chinta memang nak beli cuka kurma, pati delima & madu..so dah tercapai hasrat utk dapatkan cuka kurma & madu..sekarang kak chinta nak cari pati delima pulak..sape2 yg jual leh la email kak chinta eh..


Cara Pemakanan
1 sudu cuka kurma+1sudu madu+1 sudu pati delima+segelas air. minum sebelum mkan pg,ptg,tgh hari dan malam.




APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. 

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) 

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang. 

Kandungan Cuka Kurma:-


Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.


sumber di sini http://manmala.blogspot.com/2011/10/khasiat-dan-kelebihan-cuka-kurma.html