Hari2 Sayang..

Daisypath Anniversary tickers

Semoga Ada Telur Berjaya Disenyawakan

Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Monday, 12 December 2011



TUHAN KU..BERIKAN DAKU RUANG UNTUK MENGGENGGAMI NYA..AMPUNKAN SEGALA KEKILAFAN KU..SEBAGAI HAMBA YANG KERDIL, HANYA AKU HANYA MAMPU BERUSAHA & BERDOA..SEMOGA ADA SINAR BAHGIA MENANTI JUA

RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 5


Hari nie 12/12/2011, ade appmt dengan doc. Yeyyyy..happy tau sebab ni first time kak chinta & hubby dah boleh jumpa doc..sblm ni nurse yg uruskan semua..& bila semua dah settle patien baru boleh jumpa doc..so doc yg handle kak chinta ni perempuan..baik sesangat & die bagi penerangan detail untuk proses seterusnya..

Proses seterusnya..kak chinta akan buat IUI..sekiranya IUI x berjaya, boleh juga buat IVF & ICSI, tetapi rawatan ni hanya di HKL sahaja.

untuk proses IUI, kak chinta perlu ambil pil untuk besarkan telur, sekurang kurangnya 17mm telur yg besar, x kira la sama ada 2 biji telur sebelah kanan, 1 biji telur sebelah kiri @ sebaliknya.

hr ni kak chinta dah dapat ubat pil clomid, kena makan CD2-CD6, 2 biji sehari..doc dah pesan, time mkn pn kn tetap..& digalakkan mkn ubat ni pd waktu mlm..sebab bl mkn ubat ni, kita akan rasa pening2@meloya..

hokey..utk CD7,CD8 & CD9..doc akan bagi suntikan untuk besarkan telor..untuk tgk saiz telor, TVS akan dilakukan pada CD10..

Untuk CD10 selepas buat TVS, doc akan bagi injection pada pukul 10mlm, untuk pecahkan telor..dalam masa 36 ja, IUI akan dilakukan pada D12,jam 10 pagi..

Sebelum IUI dijalankan pada pukul 10pagi, SA suami perlu diambil untuk di cucikan..@ nak dapatka telor yg betul2 ok sahaja..lepas dah dapat telor tu..baru IUI dijalankan.

TETAPI
memandangkan period kak chinta yang gelong ni..hr ni doc bagi lagi ubat duphastone untuk turunkan darah. tp awal2 lagikak chinta dah bg tau..kak chinta nk tunggu period keluar sendiri dulu..kalau delay seminggu..kak chinta nak buat UPT, sekiranya -ve baru nakmkn ubat..

~Doakan ada sinar untuk kak chinta & suami yer!! semoga ade rezeki untuk kami~AMIN..AMIN..AMIN

nak sperma yang baik
Untuk dapatkan sperma yg terbaik, en suami juga diberi pil clomid & digalakkan mengambil multivitamin berunsurkan zink. doc cadangkan jenama Abott. kena g bli kat farmasi vitamin ni.

Kos rawatan utk hari ni
Yuran ulangan - RM10 (doc consaltant fee)
Duphastone: RM16 (7 biji)
Clomid isteri: RM36 (10 biji) - untuk 5 hari makan
Clomid untuk suami: RM108 (30 biji)- untuk satu bulan

total: RM170.80


RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 4

AMBIL DARAH CD 21

                                                                sumber: en google

Untuk CD 21, kak chinta jatuh pada 5/12/2011.. tapi memandangkan time tu kakchinta nak balik kg..ade kenduri kazen..so kak chinta cuba kol LPPKN semula untuk ty sama ada boleh pospone @ tak..ala nak pospone sehari jer..bl kol jer staff kat LPPKn tu ckp ok..wowowowo..manyak syok loooo..sebab kak chinta x payah la nk rush2 balik jb cepat2 kan..

Tarikh untuk ambil darah CD21, pada 6/12/2011. pg tu mcm biasa la..dah tentu la ditemani oleh en hubby..kak chinta x nak pegi sorang2..kalau nak buat rawatan walaupn hanya untuk kak chinta, nak juga si dia temankan..hehehe..alahai..sekejap sangat..masa g amik darah ni..masuk jer..bg kad kak chinta, nurse terus panggil masuk bilik...sembang2 kejap..terus ambil darah..tak sampai 15 min dah siap..kejap jer kan..perjalanan kak chinta nk ke LPPKN pn ambilms dekat 30 min..

kali ni bayaran untuk ambil darah kak chinta hanya RM65.90

nota kaki: CD = CYCLE DAY

~DOA KAN IMPIAN KAK CHINTA DAN HUBBY TERLAKSANA~AMIN

MALAS!!!BIZI!!! semua ada....

Assalamualaikum, lately kak chinta malas sesangat nak update belog ni..tapi memandangkan takut kak chinta terlupa apa2 rawatan yg kak chinta dah buat & nak syer dgn kawan2..so kak chinta paksa diri juga..supaya rajin..rajin..dan terus rajin untuk tulis segala rawatan yg kak chinta buat.

~Doakan kak chinta berjaya dalam rawatan ni tau~AMIN

Wednesday, 23 November 2011

RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 3

HSG DI REGENCY HOSPITAL SRI ALAM

23.11.2011 @ 9.30am, tarikh yg tercatat dlm buku appmt kak chinta..date ni kak chinta kena g wat HSG (hysterisalpingogram), masa sblm kak chinta bercinta dgn LPPKN, kak chinta ta tau apa tu HSG..bila dh mula jatuh cinta..so kita kn ambik th la sedikit sbyk tentang rawatan2 ni kan..so kalau korang nak tau apatu HSG..
cer tgk pic ni.








hsg-procedure-room












ni ler upanya tmpt x ray tu..


ni lak hasil scan

ok, yg hitam tu rahim tau!!! (ank pnh merah tu) so yg biru tu dye..bl dye tu dimasukkan, kalau tiub fallopio normal..dye aka kuar la ikut situ..yg biru2 tanda kuning tu dye ler..

ok meh nk citer apa pengalam kak chinta k..ok bl dah appmt kak chinta koi 9.30 am, kak chinta kuar awai la c kit dr umah..sb jln nk ke p.gudang memg slalu jam!!..tp bl kami sampai area p.gudang dlm koi 8.30, cik hubby k.chinta dh tlg igtkn..mkn panadol belum yg dibekalkan oleh LPPKN tempoh hari. Pn Fong kat LPPKN dah pesan..mkn ubat 1 jam belum appmt..Pn Fong ni baik sesangat tau..die siap pesan lg tu..pukul brapa nk mkn ubat...sb ktnya sakit sikit..ok bl dh mkn ubt..prjlnan masih jauh..dgn jln  jem lagi..borak2 dgn hubby..kejap jer dah sampi..km sampi dlm koi 9am..awal 1/2 jam tu!!..hubby kak chinta ty..mcm mn..sb awal lg..so kak chinta ajak jer die masuk..jom tgk hospitalnya..

cantikkan hospital ni..suasana die pn nyaman jer..sebab dikelilingi pokok yg rendang & hijau..ok, bile jejak jer dlm spital ni..kak chinta ckp ler dgn en suami "abang, kalau ayang nak besalin nanti kat spital ni buleh x?" so hubby kak chinta cakap ape tau? hehheh.."boleh jer".. tp tiba2 kak chinta yg rasa sedey..ntah biler la kak chinta nak besalin pn tak tau..
psttttttt ~doakan kak chinta berjaya hamil tau!!~ Amin.


so bl g kat cust servis..kak chinta terangkn la tujuan ke sana..so ade adik manis yg bawa km kebahagian HSG..bl kat kaunter tu..peg pendaftaran ty kak chinta dr mn hape semua..so kak chinta g tau la HSG ni under LPPKN..so bl dah daftar..kak chinta  diminta ke ruang menunggu utk HSG..agak lama la jg kami menunggu..bukan staff kat c tu buat keje lambat..dierang ok..baik2 semua..tp dokter lum sampai..kami x kesah..sabar manunggu..dalam 1/2 jam mcm tu nama kak chinta dipanggi loleh staff nurse..kak chinta pn terkedek kedek la bejalan g kat die..hurmm..diesoh kak chinta tukar baju..masuk satu blik..die kasi baju kaler hijau..pas tu die soh kak chinta buka suar dgn panties..lps salin semua..die soh kak chinta tgu kat ruang menunggu tepi bilik tu..baikkkkk..ikut jer arahan mcm org bodoh..hahhah..memg x tau apa2..x de pgalaman masuk spital @ wat xRay tau!!.

hokey...citer seterusnya..ms kak chinta dah siap salin baju..dok tgu kat tepi pintu tu..asst doc pn datang..die ty dah brapa lm kawen..ade sakit ape2 tak..mcm2 jg lahal2 suami istri die ty..sb utk rekod die orang..tanpa segan silu kak chinta jawab jer..kan itu tugasan die orang kan..bila dh habis soalan2 tu..kak chinta pn kena t.tangan la borang utk HSG..
jom masuk bilik Xray..

hokey..kat dalam bilik kak chinta soh baring & mula la proses HSG..nak tau proses die mcm mn..sila baca entry kak chinta yg sebelum ni..

dalam 20 minit mcm tu la..proses utk HSG dah selesai..so kak chinta diminta bangun & salin pakaian..ms tu asst doc dh bg tau ada sedikit bleeding..& die bagi pad utk kak chinta pakai..tp yg lawaknyer kak chinta tak tau mcm mn nk pakai pad tu..ade tali hujung pad tu..huhu..

sebenanrnya awal2 lagi nurse kat LPPKN dah bg tau dgn kak chinta spy bawa pad..tp pad tu ada dlm beg..hubby kak chinta lak pegang beg tu..sb die x di benarkan masuk..die dh minta nk masuk tgk proses yg kak chinta buat tu..tp staff kat c tu bg tau..selain pesakit org lain tidak dibenarkan masuk..takut ade kuman@ apa2 la.

so ape yg kak chinta buat..x payah pakai pad..darah pn x de la banyak mana pn..ade la coklat2 mcm kita nk mula period tu..

apa yang kak chinta rasa sepanjang proses tu???
dah tentu ler SAKIT!!!SAKIT!!
tak tahula kan..lain org lain pgalaman die..tp bg kak chinta, tersangat la sakit..dlm 2-3 hari jg la sakit tu br beransur pulih..nak batuk pn sakit tau..hubby kak chinta ckp mungkin kak chinta manja sgt kot..x penah sakit teruk2..so bl mcm ni..mau nyer nak tahan..hanya pinkiller jer ubt utk kak chinta menghilangkan rasa sakit tu..

harapan kak chinta..moga2 lepas HSG ni ade rezeki la untuk kak chinta dan hubby


kos HSG = RM180 

~doa moga2 segalanya dipermudah kan yer~AMIN

RAWATAN KESUBURAN DI LPPKN 3

HSG DI REGENCY HOSPITAL, SERI ALAM JB

Friday, 18 November 2011

JOM KITA AMALKAN

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
SUMBER:disini